Thursday, 29 March 2012

Waktu Terbaik Nasihat Anak-anak


Melihat anak membesar di depan mata, sememangnya sangat membahagiakan ibu bapa. Namun kadang-kala ragamnya boleh membuatkan kita geram, sakit hati atau apa saja sehingga kadang-kala menguji kesabaran kita.
Anak-anak yang sedang menebesar memang akan menyerap apa saja yang dilihatnya sebagai satu sesi pembelajaran. Ada orang kata, otak budak kecil nih ibarat span yang akan menyerap apa saja yang dilihatnya. Tu sebab kita digalakkan mengajar perkara yang baik-baik saja dan kalau boleh, elakkan perkara-perkara yang tidak elok berlaku di depan mata mereka.
Namun, untuk menasihati anak-anak sekecil itu ada caranya. Perlukan masa-masa yang sesuai untuk MENASIHATI dan apa yang penting adalah bersabar. Yelah, anak sedang membesar, memang perlukan banyak bimbingan serta tunjuk ajar.
 Bila Waktu Mustajab Nak Nasihatkan Anak-anak?

Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :
1. Sebelum anak tidur. (bukan badtime story)
2. Ketika anak sedang tidur. (bisikkan di telinga)
3. Selepas anak bangun tidur.
4. Selepas anak mandi.
5. Selepas anak solat.
6. Selepas anak membaca al-Quran.
7. Selepas anak berdoa.
8. Selepas anak beriadah.
9. Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).

Waktu - waktu ini adalah minda separa sedar anak-anak terbuka. Ketika itu terbaik menasihati kerana minda mereka mudah menerima dan meningati apa sahaj yang dibiskkan kepada meraka.

Antara ayat-ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :
Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).
Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud:
“Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”

Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud:
“Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”

*lebih keterangan sila hubungi admin untuk maklumat lebih terperinci dan jelas.




No comments:

Post a Comment