Thursday, 21 June 2012

Cara Membina Kekuatan Minda


Setiap individu mempunyai tahap pemikiran yang berbeza. Tahap tersebut bergantung kepada kekerapan kita menggunakan minda untuk berfikir, menimba ilmu baru dan berimaginasi. Semakin tinggi tahap pemikiran, semakin mudah kita mendapatkan idea-idea baru dan kreatif serta akan membawa kita berfikir dari sudut pandangan yang berbeza dari orang biasa-biasa.
Di samping itu, daya ingatan kita turut bertambah dan mudah mengingat perkara-perkara baru.

3 cara berkesan melatih kekuatan minda.

1. menyelesaikan masalah angka dengan kadar pantas. Latih diri anda menyelesaikan masalah-masalah matematik yang mudah-mudah tapi dilakukan secara sangat kerap dan sangat pantas.
Contah, 8x25, 27+45, 1955-561. Timbulkan soalan tersebut dan selesaikan melalui baying minda atau melalui tulisan di atas kertas.

Perhatian...lakukan dengan sangat PANTAS

Angka ini akan membantu mengaktifkan otak kiri anda dan dalam masa yang sama, bayangan yang anda lakukan untuk menjawab soalan itu akan membantu mengaktifkan otak kanan.
Semakin banyak latihan tersebut dilakukan, anda akan melihat diri anda semakin cekap dan minda anda bertenaga serta mudah focus mengenai sesuatu perkara.

2. Pernafasan teratur.  Otak kita memerlukan hampir 70% oksigen. Pernafasan yang teratur amat penting kerana ia menentukan oksigen yang masuk ke dalam badan dan korbon dioksida yang keluar dari badan. Latihan pernafasan teratur:- Tarik nafa perlahan-lahan dalam kiraan 7, tahan nafas dalam kiraan 7 dan lepas perlahan-lahan dengan kira 7.

Perhatian...pastikan tiada bunyi tarikan atau humbusan nafas ketika latihan pernafasan.

Lakukan berulang kali dan anda kan terasa minda anda lebih segar. Latihan ini amat sesuai di lakukan oleh pelajar atau mereka yang berkerja dalam bidang kreativiti seperti pereka grafik, penulis novel atau artikel, pelukis, pencipta lagu atau untuk mendapatkan idea-idea baru.

3. Mengeluarkan suara dengan kuat. Berucap, bersyarah, menyanyi atau membaca dengan kuat dan lakukan dengan kerap. Latih bersuara dengan kuat kerana bunyi tersebut akan merangsang tahap getaran-getaran saraf neuron di dalam otak. Getaran tersebut akan menghasilkan ribuan neuron menjadi aktif dan setiap hujung neuron akan berhubung antara satu sama lain.

Peredaran darah turut bertambah lancar. Tubuh terasa seakan-akan ringan dan bertenaga, bebas dari sikap malas, suka bertangguh atau merasa berat untuk melakukan sesuatu perkara.

Setelah anda melakukan ketiga-tiga cara ini secara kerap dan konsisten, anda akan mendapat hasil yang luarbiasa hebatnya. Hasil ini akan dapat dicapai bergantung kepada tahap usaha dan komitmen anda.
Anda menjadi semakin matang dalam berfikir dan membuat sesuatu keputusan atau mengeluarkan pendapat. Semakin bijak dan memperolehi gerak hati yang tajam dan positif.

Anda juga mampu mencetuskan idea-idea unik dan berperolehi ilham berterusan di samping mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Anda akan terfikir penyelesaian yang orang lain tak terfikir langsung. Mampu menganalisa sesuatu masalah menggunakan logik dan menyelesaikan dalam masa yang singkat serta idea tersebut tampak kreatif dan inovatif.

Akhirnya, anda dapat menggunakan otak kanan dan otak kiri secara seimbang dan tanpa disedari akan terhasil sesuatu yang dipanggil ‘otak tengah’. Hanya orang tertentu sahaja yang memiliki pemikiran otak tengah dan jumlahnya sangat-sangat sedikit.




No comments:

Post a Comment