Friday, 8 June 2012

Teori SMART


Kecemerlangan peperiksaan sentiasa menjadi idaman semua murid. Perkara yang sering kali ditanya oleh saya kepada mereka setiap kali ceramah, “siapa mahu cemerlang, semua berlumba-lumba mengangkat tangan”. Ianya seolah-olah kecemerlangan itu semudah yang disebutkan. Tapi apabila saya bertanya bagaimana cara mereka untuk berjaya, semua terdiam seribu bahasa.

Untuk mencipta kecemerlangan akademik, murid-murid perlu kemahiran belajar bagi menghasilkan pembelajaran  tersebut benar-benar mampu memberi impak yang maksimum. Teoari SMART yang pernah saya bangunkan dan telah dikongsikan dengan murid-murid di seluruh negeri Melaka.
Teori SMART mengambil pendekatan menyediakan murid dari segi mental, fizikal dan emosi. Ini bertujuan mahu murid bersedia sebelum belajar dan mendapat impak selepas sesi pembelajaran.

S – Strategic Planning
Pemikiran strategik dalam merencana pelan kejayaan masa hadapan (Bina Matlamat)
Pelajar perlu mempunyai pandangan serta matlamat yang jelas ke mana masa belajar itu dihabiskan dan apa yang sepatutnya mereka perolehi dari masa yang digunakan. Ia juga berkaitan dengan persiapan sebelum memulakan pembelajaran. Kadangkala kerap kita melihat mereka yang memulakan pembelajaran tidak cukup alatan atau buku rujukan yang tertinggal.

M – Mind Setting
Fokus kepada apa yang dicitakan serta cabaran untuk mencapainya (Bina Kekuatan)
Apabila telah jelas apa yang ingin dicapai dan persiapan yang baik, datang usaha untuk mengekalkan usaha kearah mencapai matlamat tersebut. Ini yang disebutkan 'istiqamah'. Usaha ini amat sukar kerana sebagai pelajar, tentu banyak perubahan disebabkan gangguan-gangguan yang berada dipersekitaran mereka. tetapi ia tidak mustahil jika kita benar-benar ikhlas untuk mencapai apa yang ditujui tadi. Ada caranya.

A – Attitude Change
Memahami peranan ilmu dan kepentingan memilikinya (Bina Sikap)
Sikap terhadap ilmu adalah punca sebenar penghalang kepada kejayaan pelajar. Kejayaan yang dibincangkan bukan sekadar mengumpul A, bahkan tentang perkembangan kehidupan mereka pada masa akan datang.

R – Read, Record, Repeat (Studyskill)
Menggunakan teknik yang berkesan dalam pelajaran (Bina Kemahiran)
Sudah tentu, teknik juga perlu betul dan tepat. Ada 3 proses penting dalam pembelajaran khususnya di sekolah atau universiti iaitu kemahiran membaca, menyimpan maklumat atau nota dan kemahiran mengeluarkan semula input-input tadi.

T – Time Management
Masa adalah emas. Membincangkan tentang aspek penting dalam membina kejayaan iaitu pengurusan masa. (Bina Kemahiran)

Sesuai dengan firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Asr yang menunjukkan kepentingan masa apabila Allah s.w.t. bersumpah dengan masa. Begitu juga dengan kecemerlangan dan kejayaan, ia ada berkaitan dengan faktor masa, sebelum berjaya, semasa berjaya dan selepas berjaya.

Ini adalah modul yang dibangunkan bersama beberapa modul sokongan lain bagi memastikan pembelajaran yang berkesan dan sistematik. Moga ia dapat membantu anda dalam merencana corak pembelajaran yang sesuai.
  

No comments:

Post a Comment